Tuesday 26 February 2013

Program Gotong-royong di Kg Hj Dorani, Sg Besar, Selangor

Pada 8-9 Februari, 2013 yang lalu Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Kg Hj Dorani, Sg Besar. Renjer Ridsect d'Bukit tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam program gotong-royong membersihkan Dewan Orang Ramai, masjid dan tanah perkuburan. Pelajar-pelajar juga mendapat pengalaman mencanting batik, menumbuk dan menuai padi, juga membuat dan bermain layang-layang. Program tersebut telah dikendalikan oleh oleh ketua panitia PSK, En Abdul Razak.


Sunday 24 February 2013

Wow! Seronoknya, Renjer Ridsect Ke Kg Hj. Dorani, Sg Besar

Pada 8 dan 9 Februari 2013 serombongan 32 orang pelajar dan 6 orang guru telah pergi ke Kg Hj Dorani, Sungai Besar, Selangor. Turut bersama rombongan tersebut ialah 9 orang Renjer Anti Aedes Ridsect SMK Jalan Bukit dan Pengetua Cemerlang, Pn Latifah Mohd Isa.





Wednesday 20 February 2013

Apa dia program CikguMU CANTIK tuu??

CikguMU CANTIK bermaksud cikgu dan murid cari dan musnahkan jentik-jentik. Memang semua cikgu cantik dan sempurna Tuhan jadikan, tetapi lagi cantik kalau dapat cari dan musnahkan jentik-jentik.


Mesyuarat Renjer Anti Aedes Ridsect

Satu mesyuarat yang melibatkan guru-guru yang telah dilantik sebagai ketua bahagian dan ahli jawatankuasa Renjer Anti Aedes Ridsect telah diadakan pada 30 Januari 2013 di Bilik Gerakan SMK Jalan Bukit. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Latifah Mohd Isa.




Monday 18 February 2013

Ceramah AEDES

Pelajar-pelajar SMK Jalan Bukit mendengar ceramah AEDES yang disampaikan pada 21 Januari 2013 yang lalu. Pelajar diingatkan tentang bahaya nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Demam denggi pula boleh membunuh. Pelajar disarankan supaya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.



Ceramah AEDES


Ceramah AEDES telah diadakan pada hari Isnin 21 Januari 2013 di Dataran Ilmu SMK Jalan Bukit.

Pelancaran CikguMU CANTIK SMK Jalan Bukit, Kajang

Pelancaran CikguMU CANTIK telah diadakan pada hari Jumaat 8 Februari 2013 oleh Pengetua Cemerlang, Pn Latifah Mohd Isa. Pada majlis yang sama Renjer Ridsect SMK Jalan Bukit dilantik secara rasminya.